🕋 ADAB HALAQAH TARIQAT BAGI SEORANG SALIK
🔹Qalam Sufi:
“اَلْأَدَبُ قَبْلَ الْعِلْمِ، وَالْعِلْمُ قَبْلَ الْعَمَلِ، وَالْعَمَلُ قَبْلَ الْحَالِ”
Terjemahan:
“Adab didahulukan sebelum ilmu, ilmu sebelum amal, dan amal sebelum hal.”
“مَنْ دَخَلَ الْحَلَقَةَ بِغَيْرِ أَدَبٍ خَرَجَ مِنْهَا بِغَيْرِ نَصِيبٍ”
Terjemahannya:
“Barangsiapa masuk ke dalam halaqah tanpa adab, maka dia keluar daripadanya tanpa sebarang bahagian (keberkatan).”
👉Huraian ringkas:
Dalam suluk, siapa yang melangkau adab dan mengejar hal, dia sedang membina di atas pasir, bukan di atas asas.
✍️ Muqadimah:
Halaqah tariqat ialah majlis tarbiah ruh, bukan sekadar majlis mendengar ilmu. Ia adalah tempat pembentukan adab hati, pengosongan diri daripada nafsu, dan penyediaan batin untuk menerima limpahan rahmat Allah. Ramai salik lama dalam jalan, tetapi terhenti futuhnya kerana rosaknya adab dalam majlis halaqah.
Halaqah tariqat ialah majlis pembentukan hati, bukan majlis pameran amal atau pengalaman rohani.
Ramai salik rosak perjalanannya bukan kerana kurang ibadah, tetapi kerana hilang adab, lalu hal yang pernah dialami berubah menjadi ujub dan riya’ rohani.
✍️ Pengenalan dan Definisi Adab Halaqah Tariqat:
Makna Bahasa dan Istilah
Halaqah berasal daripada perkataan Arab (حَلَقَة) yang bermaksud bulatan. Dari sudut zahir, ia merujuk kepada majlis ilmu atau zikir yang para penuntut duduk membentuk bulatan mengelilingi guru.
Namun dalam tafsiran sufi, halaqah tidak terhenti pada bentuk duduk atau susunan fizikal semata-mata.
🔹Dalam tasawuf, halaqah difahami sebagai:
▪️Majlis himpunan hati-hati untuk menghadapkan diri kepada Allah secara adab, khidmah dan tawajjuh, di bawah bimbingan seorang guru yang arif.
▪️Ia adalah lingkaran rohani, bukan sekadar lingkaran jasmani.
🔹Menurut tafsiran sufi, halaqah mengandungi beberapa makna batin:
a) Lingkaran Tawajjuh
Halaqah ialah perhimpunan hati yang berpaling dari makhluk kepada Allah
(تَوَجُّهٌ إِلَى ٱللَّهِ)
🔹Semua yang hadir:
▪️Menutup pandangan hati daripada dunia
▪️Membuka pintu penerimaan nur dan warid
b) Lingkaran Adab
Halaqah adalah madrasah adab, bukan medan perdebatan.
Adab halaqah ialah sikap zahir dan batin seorang salik ketika berada dalam majlis ilmu, zikir dan tarbiah rohani yang berpaksikan ta‘zim kepada Allah, Rasul dan pewarisnya.
🔹Istilah Sufi:
▪️Adab (اَدَب)
▪️Halaqah (حَلَقَة)
▪️Tarbiah (تَرْبِيَة)
▪️Ta’azim (تَعْظِيم)
👉Hudur qalb(حُضُور الْقَلْب)
Adab dalam halaqah bukan semata-mata diam, tetapi hadir hati, tunduk jiwa dan hilangnya rasa diri.
✅ Adab-adab Halaqah Bagi Murid dan Salik:
1. Hadir dengan Niat Ibadah
▪️Niat mencari redha Allah:, bukan sekadar suka-suka pertemuan(نِيَّة)
▪️Masuk halaqah dengan rasa faqir(فَقْر)
2. Menjaga adab majlis halaqah
▪️Tidak bercakap-cakap tanpa keperluan
▪️Tidak berbisik ketika tazkirah, zikir dan doa
▪️Tidak bermain handphone kecuali darurat
▪️Hindari ghaflah (غَفْلَة)
👉 Diam dalam halaqah adalah zikir hati.
3. Menjaga Zahir Tubuh
▪️Duduk sopan, tidak melunjurkan kaki
▪️Tidak bersandar malas
▪️Menjaga pandangan dan gerak tubuh
▪️ta‘zim (تَعْظِيم)
4. Menjaga Hudur Hati
▪️Mendengar dengan tadabbur
▪️Menimbang tazkirah untuk diamalkan
▪️Tidak melayang fikiran
▪️Sama’ (سَمَاع)
▪️Tadabbur (تَدَبُّر)
5. Merahsiakan Isi dan Hal Halaqah
▪️Tidak menceritakan pengalaman rohani
▪️Tidak membuka rahsia majlis
▪️Tidak menjadikan halaqah bahan cerita
▪️Sirr (سِرّ)
▪️Amanah (اَمَانَة)
🔹Syeikh Ahmad Zarruq
“Setiap hal yang tidak dijaga dengan adab, ia adalah istidraj.”
👉 Huraian:
Hal tanpa adab membawa kepada ujub dan tertipu.
🔹 Ciri Salah Adab Halaqah:
▪️Bermain telefon ketika majlis
▪Berborak dan bergurau
▪️Hadir lewat tanpa uzur
▪️Mengkritik dalam hati
▪️Merasa diri lebih faham
▪️Ujub
▪️Dakwa (دَعْوَى)
👉 Salah adab adalah hijab, walaupun zahirnya nampak taat.
🔹Mengelakkan Dari Salah Adab:
1. Diam dan Fokus
▪️Tidak bercakap-cakap
▪️Tidak bermain handphone
▪️Tidak melayan bisikan nafsu
2. Menjaga Hudur Hati
▪️Mendengar dengan tadabbur
▪️Tidak memandang rendah nasihat (حُضُور)
3. Merahsiakan Hal
▪️Tidak menceritakan pengalaman rohani
▪️Tidak menjadikan hal kerohanian sebagai bahan bualan(سِرّ)
✅Dalil Qur an Berkaitan Adab Majlis
1️⃣ Firman Allah:
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا
(Al-A raf: 204)
Huraian:
👉Jika al-Qur an dituntut diam dan fokus, maka tazkirah dan zikir juga menuntut adab yang sama.
2⃣Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa merendahkan diri kerana Allah, Allah akan mengangkatnya.”
Huraian:
Tawaduk dalam halaqah adalah sebab diangkat darjat batin, bukan hal.
👉Khusyuk dalam ibadah bermula daripada adab dalam majlis tarbiah.
3⃣Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barang siapa memuliakan syiar Allah, maka itu tanda ketakwaan hati.”
(Hadis Hasan)
👉Huraian:
Memuliakan majlis halaqah adalah cabang takwa, bukan adat semata-mata.
✅ Sifat Sebenar Yang Perlu Dibawa Oleh Seorang Salik Dalam Majlis Halaqah:
1. Tawaduk – Merendahkan diri
(تَوَاضُع)
2. Faqir – Merasa berhajat kepada Allah
(فَقْر)
3. Khauf dan Raja’ – Takut ditolak, harap diterima
(خَوْف) dan (رَجَاء)
4. Taslim – Menerima tarbiah tanpa bantahan
(تَسْلِيم)
5. Istiqamah – Terus hadir walau tiada rasa
(اِسْتِقَامَة)
✅ Kesan Natijah Yang Baik Selepas Pulang Dari Majlis Halaqah:
▪️Hati lebih lembut
▪️Dosa terasa berat
▪️Amal terasa ringan
▪️Nafsu semakin tunduk
▪️Wirid lebih hidup
▪️Rasa getaran– tarikan jazbah rohaniah
▪️Nur(نُور)
▪️Warid(وَارِد)
👉 Jika tiada perubahan batin, periksa kembali adab ketika majlis.
🔹Sifat Seorang Salik dalam Majlis Halaqah
▪️Faqir – merasa tidak punya apa-apa
▪️Tawaduk – tidak melihat kelebihan diri
▪️Khauf – takut amal ditolak
▪️Taslim – tunduk kepada tarbiah
▪️Lebur ego – keakuan(ananiyah)
👉Jika tiada perubahan, periksa adab.
✳️ Kesimpulan:
Halaqah tariqat bukan tempat menambah maklumat, tetapi tempat mematahkan ego keakuan. Siapa yang menjaga adab, walaupun sedikit amalnya, Allah bukakan pintu kefahaman dan keberkatan.
Adab ialah kunci,
dan siapa yang kehilangan kunci,
tidak akan masuk ke dalam rumah.
🌷 Penutup Qalam — Sufi:
Masuklah halaqah sebagai faqir,
keluarlah sebagai hamba.
Siapa masuk halaqah membawa diri,
dia pulang membawa diri.
Siapa masuk membawa kehinaan,
dia pulang membawa cahaya.
Waullahua’allam.
SalamPerkongsian.
#KalamSalikin

Leave a comment